Pengenalan Program NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca ( NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu adalah melalui amalan membaca sebagai budaya hidup.

*          Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (peringkat pegurusan).

*          Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (praktikal).

*          Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun sehingga tamat persekolahan (penilaian ).

 

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah. Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah menengah  dengan rasminya pada tahun 1999.

*          Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998; Pelaksanaan Program NILAM yang mewajibkan semua sekolah di Malaysia menjalankan Program NILAM.

*          Langkah pemantapan budaya membaca dalam kalangan murid-murid sekolah ini juga diperkukuhkan lagi melalui Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2005 bertarikh 12 Mei 2005; Memantapkan Budaya Membaca di kalangan Murid Sekolah.

Matlamat

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid.

 

Objektif

  1. Menggalakkan pelajar memupukkak budaya suka membaca berterusan sepanjang hayat mereka
  2. Menjadikan murid banyak membaca bukan sahaja pembacaan berorientasikan peperiksaan
  3. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca

 

Elemen Program Nilam

  1. Rekod Membaca

– Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM. Suatu rekod bacaan setiap pelajar disediakan sebagai dokumen pembacaan mereka. Pengisian rekod melatih pelajar mengingati pengarang dan judul buku yang dibaca / tema buku / sinopsis buku.

  1. Pengesahan Pembacaan

– Pelajar merekodkan bacaan masing-masing di bawah pengawasan guru, terutamanya semasa waktu matapelajaran bahasa. Guru berkenaan kemudiannya  menyemak dan mengesahkan rekod bacaan pelajar berkenaan

  1. Pengiktirafan