Peraturan Peminjaman Buku

PERATURAN PEMINJAMAN BUKU MENGGUNAKAN SISTEM AUTOMASI

  • Semua guru dan pelajar SMK Putrajaya Presint 8(1) diwajibkan memiliki kad pinjaman perpustakaan untuk tujuan peminjaman dan pemulangan buku.
  • Tanpa menggunakan kad pinjaman, buku tidak boleh dipinjam dan dikeluarkan daripada perpustakaan.
  • Buku atau majalah yang bertanda Rujukan (‘R’) hanya untuk rujukan di dalam perpustakaan dan tidak boleh dibawa keluar daripada perpustakaan.
  • Buku yang bertanda merah (Red Spot) boleh dipinjam dua hari sahaja dengan menggunakan kad pinjaman.
  • Jumlah pinjaman buku adalah seperti berikut:
BIl. Peminjam Bil. Buku Tempoh Pinjaman
1. Guru / Kakitangan sekolah 5 14 hari
2. Pengawas Perpustakaan 3 7 hari
3. Pelajar 2 7 hari
  • Para pelajar yang hendak meminjam buku hendaklah menggunakan kad pinjaman sendiri.
  • Peminjaman dan pemulangan buku boleh dilakukan pada WAKTU REHAT dan SELEPAS SEKOLAH.
  • Semua buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan.
  • Buku pinjaman yang sama boleh diperbaharui dua kali sahaja jika tidak ada tempahan.
  • Buku yang hilang hendaklah diganti dengan buku yang baru atau diganti dengan menjelaskan bayaran harga buku tersebut.
  • Kadar bayaran denda untuk bahan yang lewat dipulangkan adalah seperti berikut:
JUMLAH HARI KADAR DENDA(RM)
1 BUKU BIASA BUKU RED SPOT
0.10 1.00
  • Surat Pemberitahuan Denda akan dikeluarkan oleh pihak perpustakaan setelah kelewatan melebihi 7 hari sebagai peringatan dan makluman.