Perincian Tugas Guru Perpustakaan dan Media

 

Tugas 1 Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu
Aktiviti

 

  • Menyediakan rancangan pengajaran harian, mingguan, dan tahunan (mengikut subjek yang diajar)
    • Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran.
Objektif
  • Mengekalkan kemahiran sebagai guru dalam pengajaran dan pembelajaran biasa.
  • Mengekalkan keistimewaan sebagai guru sekolah.
Penglibatan Penolong Kanan Pentadbiran dan Jawatankuasa pentadbiran
Pelaksanaan Januari – November

 

Tugas 2 Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama Pengetua/Guru Besar, kakitangan PSS, guru dan murid.
Aktiviti

 

  • Mengadakan mesyuarat JK Induk
  • Mengadakan mesyuarat JK Kerja
  • Mengadakan mesyuarat Pengawas PSS
  • Menyediakan takwim dan perancangan aktiviti tahunan
  • Mewujudkan / membuat pindaan fail kuasa mengikut kesesuaian
Objektif
  • Memastikan pelaksanaan dasar yang dirancang diselaraskan
  • Dasar dan program yang dirancang dapat disebarkan kepada semua yang terlibat.
Penglibatan Pengetua / Guru Besar, kakitangan PSS dan guru
Pelaksanaan Januari

 

Tugas 3 Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama JK Kurikulum Sekolah
Aktiviti

 

  • Membuat bajet dan menyenaraikan cadangan perbelanjaan.
  • Menyediakan kertas kerja untuk menjalankan program.
Objektif
  • Wang peruntukan dapat diagihkan mengikut keperluan setiap bahagian (unit PSS).
    • Menggunakan peruntukan mengikut arahan yang ditetapkan.
Penglibatan JK Induk PSS dan Pembantu Tadbir (PSS).
Pelaksanaan Januari

 

Tugas 4 Merancang pemerolehan dan pembinan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini.
Aktiviti

 

  • Mendapatkan maklumbalas keperluan alat dan bahan.
  • Merancang pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada.
Objektif
  • Menseimbangkan pemerolehan dan pembinaan koleksi mengikut keperluan dan kesesuaian.
    • Mengemaskini pemerolehan dan pembinaan koleksi.
Penglibatan JK Kerja PSS
Pelaksanaan Sepanjang tahun

 

 

 

Tugas 5 Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti

 

  • Merancang perkhidmatan PSS dan memaklumkan perkhidmatan yang disediakan kepada guru.
    • Menyediakan borang-borang tempahan bilik, pinjaman bahan dll.
    • Sediakan tempat / bilik / jadual penggunaan dan bahan.
    • Menyediakan rekod penggunaan dan rekod pinjaman.
    • Membuat penyelenggaraan bahan yang rosak.
  • Merancang pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada.
Objektif
  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran maklumat.
  • Mengintegrasikan literasi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penglibatan JK Induk PSS
Pelaksanaan Januari hinga Oktober

 

Tugas 6 Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
Aktiviti

 

  • Mesyuarat dan taklimat NILAM
  • Merangka aktiviti sepanjang tahun
  • Menjalankan aktiviti
Objektif
  • Memastikan program NILAM dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.
Penglibatan JK NILAM
Pelaksanaan Januari hingga Oktober

 

Tugas 7 Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS.
Aktiviti
Objektif
Penglibatan  
Pelaksanaan Sepanjang tahun

 

Tugas 8 Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah
Aktiviti

 

  • Promosi melalui panitia mata pelajaran
  • Menyediakan brosur PSS
  • Menyediakan buletin
Objektif
  • Memberikan maklumat yang lebih tepat berkaitan dengan PSS
  • Menarik minat murid untuk menggunakan PSS dan menyertai setiap program yang dianjurkan
  • Membolehkan semua guru mendapat pemdedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang didapati di PSS untuk meningkatkan P&P.
Penglibatan Pentadbir sekolah,   JK Keraj PSS,   Pelajar dan Guru.
Pelaksanaan Sepanjang tahun

 

 

 

 

 

 

Tugas 9 Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan P&P berasaskan sumber.
Aktiviti

 

  • Pemerolehan bahan yang sesuai.
  • Penghasilan bahan yang sesuai.
  • P&P mengunakan PSS dan kemahiran maklumat.
Objektif
  • Dapat membantu guru-guru dalam penggunaan bahan di PSS.
  • Menyediakan bahan yang bersesuaian dengan P&P.
  • Bekerjasama dengan guru-guru menghasilkan bahan yang boleh membantu P&P.
Penglibatan JK Kerja PSS
Pelaksanaan Sepanjang tahun

 

Tugas 10 Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS. 
Aktiviti

 

  • Memohon Khidmat Bantu
  • Kerjasama dengan PKG, PSPN dan Perpustakaan Awam dari masa ke semasa.
Objektif
  • Memastikan maklumat yang diterima sentiasa terkini.
  • Untuk menaiktaraf PSS.
Penglibatan JK Kerja PSS
Pelaksanaan Sepanjang tahun

 

Tugas 11 Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS
Aktiviti

 

  • Mengurus bahan yang diterima (carta aliran proses teknik).
  • Sirkulasi.
  • Memantau dan menyelia penggunaan.
  • Memantau rekod penggunaan (TV Pendidikan, Radio Sekolah, Buletin, Sirkulasi dan aktiviti-aktiviti).
Objektif
  • Koleksi bahan untuk dimanfaatkan denagn sepenuhnya.
Penglibatan JK PSS
Pelaksanaan Sepanjang tahun.

 

Tugas 12 Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja PSS
Aktiviti

 

  • Menentukan tarikh.
  • Menghantar surat panggilan mesyuarat.
  • Mengadakan mesyuarat.
  • Menyedia dan mengedar minit mesyuarat.
Objektif
  • Panduan untuk tindakan susulan pihak berkenaan.
  • Menyebarkan maklumat hasil daripada mesyuarat.
Penglibatan JK PSS
Pelaksanaan Januari, Mei dan Ogos.

 

Tugas 13 Memantau dan mengawal selia pelaksanaan progran PSS
Aktiviti

 

  • Merancang, menyelaras dan mengadakan program PSS.
  • Membuat pemantauan.
  • Membuat laporan.
Objektif
  • Program PSS dapat dijalan dengan lancar.
Penglibatan JK PSS
Pelaksanaan Sepanjang tahun.

 

 

Tugas 14 Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori (bahan, alatan dan perabot) peralatan PSS
Aktiviti

 

  • Menyemak stok perolehan
  • Borang inventori
  • Buku stok Kew 313, Kew 314, Kew 312
  • Stok pergerakan bahan.
  • Melabel bahan
  • Menempatkan bahan
  • Pelupusan
  • Tutup stok
Objektif
  • Bahan sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna.
  • Mengemaskini bahan untuk penambahan bahan baru.
Penglibatan JK PSS
Pelaksanaan Sepanjang tahun

 

Tugas 15 Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri (PPSSNP)
Aktiviti

 

  • Menerangkan peranan PPSSNP
  • Mengedarkan borang pendaftaran
  • Membantu dalam pendaftaran ahli
  • Menyertai aktiviti yang dijalankan.
Objektif
  • Menarik lebih ramai ahli menyertai PPSSNP.
  • Bekerjasama dalam menjayakan aktiviti persatuan.
Penglibatan JK PSS
Pelaksanaan Februari

 

Tugas 16 Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS.
Aktiviti

 

  • Mengenal pasti masalah
  • Membuat kaji selidik
  • Menyediakan instrumen (sebelum)
  • Membuat analisis
  • Menjalankan kaji selidik – selepas
  • Menyediakan laporan
  • Membuat penambahbaikan.
Objektif
  • Mengenal pasti dan mengatasi masalah
Penglibatan JK PSS
Pelaksanaan September

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tugas 17 Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS
Aktiviti

 

  • Menyediakan perancangan
  • Menyediakan laporan
  • Mengambil tindakan / memberi maklumat
Objektif
  • Perancangan dan pelaksanaan bagi meningkatkan pembangunan, pengurusan dan kewangan PSS.
Penglibatan Guru Media
Pelaksanaan Oktober

 

Tugas 18 Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program PSS khasnya Laporan PSS dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun
Aktiviti

 

  • Mengumpul maklumat
  • Membuat laporan
Objektif
  • Membuat post mortem bagi program yang dilaksanakan
  • Membuat perancangan baru atau penyelarasan untuk program tahun seterusnya.
Penglibatan JK PSS
Pelaksanaan Oktober

 

 

 

14 Comments

14 thoughts on “Perincian Tugas Guru Perpustakaan dan Media

    • Dulu masa mula dapat jawatan ni, saya pegang jawatan ketua panitia fizik dan guru tingkatan..tp alhamdulillah dah diambil alih oleh cikgu lain..Sy pun ada maklumkan tak mampu utk beri komitmen bila ada jawatan yang banyak sebab bagi saya tugas GPM ni amat berat.

  1. salam.Sekolah saya guru media orang lain dan guru perpustakaan orang lain.Dlm AJK Induk PSS ada guru media.Dlm AJK Kerja PSS,guru media tetap dilabel sbg guru media tp setiausahanya adalah guru perpustakaan td.Soalannya;apa beza tugas guru media dan guru perpustakaan?Mcmana pembahagian kerjanya sbb guru perpustakaan ajar 20 waktu seminggu,3 kelas SPM.

    • Wkmsalam. Sebenarnya penyelaras pusat sumber adalah guru perpustakaan dan dan juga guru media (gpm).Mungkin di sekolah cik fauziah, guru perpustakaan yang dimaksudkan adalah ajk kerja pss yang sama-sama membantu dalam tugas-tugas di perpustakaan sebab gpm tak mampu buat kerja sendirian walaupun dibantu oleh pengawas pusat sumber. gpm memerlukan idea dan bantuan dari kalangan guru. maka dengan sebab itu adanya pekeliling yang menyatakan bahawa waktu mengajar bagi gpm antara 8 hingga 10 waktu sebab terlalu banyak kerja dari segi pengurusan pusat sumber yang perlu diberi perhatian

Leave a reply to Anita Eyta Cancel reply