Peranan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

 

  1. Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
  2. Menentukan sumber kewangan PSS.
  3. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
  4. Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
  5. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
  6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
  7. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.

 

 

 

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA / GURU PERPUSTAKAAN MEDIA

 

  1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu
  2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah
  3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber sekolah
  4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini
  5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
  6. Merancang dan mengurus program pembacaan ( Program NILAM ) dan pembudayaan ilmu
  7. Merancang , melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan pusat sumber sekolah .
  8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah
  9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif
  10. Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN/ PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan promosi pusat sumber sekolah
  11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah
  12. Menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja pusat sumber sekolah
  13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program pusat sumber sekolah
  14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan pusat sumber sekolah.
  15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri
  16. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah
  17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan pusat sumber sekolah
  18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN
  19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

 

 

SENARAI TUGAS PENOLONG GPM

  1. Membantu GPM / Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
  2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
  3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
  4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan
  5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
  6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi  aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
  7. Menubuhkan J/Kuasa  Guru Pembantu Perpustakaan  dan pengagihan bidang tugas
  8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul
  9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar
  10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
  11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
  12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
  13. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
  14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
  15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun
  16. Membuat penggredan buku
  17. Menyediakan bahan untuk melaksanakan Program NILAM
  18. Mengagih buku pinjaman secara kelompok (Projek Pukal)
  19. Membantu setiausaha menganjurkan program NILAM
  20. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid

 

 

 

SENARAI TUGAS KETUA BIDANG / KETUA PANITIA

  1. Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan  alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar
  2. Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri
  3. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua
  4. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
  5. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru
  6. Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualiti
  7. Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama guru NILAM
  8. Memantau pelaksanaan Program NILAM
  9. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid

 

 

 

 

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH

 

  1. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
  2. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
  3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
  4. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
  5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
  6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
  7. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
  8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.

 

 

SENARAI TUGAS GURU PUSAT AKSES/ EDUWEB TV

 

  1. Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
  2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
  3. Menyedia katalog Edu WebTV dan lain-lain media Teknologi
  4. Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan
  5. Membuat  penilaian terhadap penggunaan Edu Web TV dari semasa ke semasa.
  6. Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan Edu Web TV dan bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS.
  7. Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas.
  8. Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber  bagi meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran.
  9. Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi di PSS.
  10. Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS.
  11. Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS.
  12. Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
  13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua

 

SENARAI TUGAS GURU NILAM

  1. Membantu memberi takimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal tahun
  2. Membuat kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan
  3. Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM
  4. Menganjurkan aktiviti program NILAM peringkat sekolah
  5. Menjadi urusetia pemberian anugerah NILAM peringkat sekolah
  6. Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG
  7. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid
  8. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat
  9. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan
  10. Mengumpul maklumat kertas kerja, laporan, bahan dan data NILAM
  11. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Pengerusi
  12. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid

 

SENARAI TUGAS GURU DATA NILAM

  1. Mengumpul data rekod membaca dan Rakan Pembaca murid daripada Guru Tingkatan setiap bulan
  2. Memasukkan data ke pangkalan data
  3. Menganalisis data rekod membaca dan rekod membaca murid dan analisis aktiviti Rakan Pembaca kepada Guru NILAM
  4. Mengemaskini data NILAM
  5. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid

 

 

 

SENARAI TUGAS PEMBANTU PERPUSTAKAAN

 

URUSAN AWAM

 

  1. Mengawal perpustakaan semasa dibuka
  2. Mengaturkan buku-buku yang telah dipulangkan di atas rak-rak
  3. Menjaga kebersihan perpustakaan

 

PINJAMAN

 

  1. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman
  2. Menyemak buku-buku yang dipulangkan
  3. Mengirimkan notis peringatan kepada peminjam-peminjam yang belum memulangkan buku
  4. Menyediakan perangkaan mengenai pinjaman

 

PEMBELIAN

 

  1. Menjalan kerja perkeranian mengenai pembelian seperti menyediakan senarai pesanan, menaipkan surat dan menyemak bahan-bahan yang baru dibeli

 

MEMPROSESKAN BUKU-BUKU

 

  1. Menyediakan senarai rak
  2. Menulis nombor panggilan di atas tiap-tiap buku
  3. Menyediakan kocek dan slip tarikh bagi setiap buku
  4. Menyediakan kad-kad katalog serta lain-lain kerja berkaitan dengan memproses buku, majalah dan sebagainya

 

 

 

MEMPERBAIKI BUKU

 

  1. membaikpulih buku-buku yang rosak atau koyak
  2. menjilid majalah dan lain-lain yang perlu

 

BAHAN-BAHAN YANG BUKAN BERBENTUK BUKU

 

  1. Menyediakan bahan-bahan yang bukan berbentuk buku seperti gambar-gambar, guntingan akhbar dan sebagainya.

 

MENAIP

 

  1. Pengautomasian PSS
  2. Menaip kad-kad Katalog bagi setiap buku, senarai buku dan sebagainya

 

REKOD

 

  1. Merekod dan menyimpan mengenai bahan-bahan dan kewangan PSS
  2. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan ‘Stock Checking’/Penyemakan Stok
  3. Menyusun Kad-kad Katalog

 

SERANTA

 

  1. Menyediakan Pameran Buku, Papan Kenyataan dan sebagainya

 

 

LAIN-LAIN TUGAS

 

  1. Menolong guru-guru PSS dalam pentadbiran am dan sebagainya
  2. Menjalankan tugas-tugas lain mengenai PSS yang diarahkan oleh Guru-guru PSS, Penyelaras PSS (GKP 1) dan Pengetua

 

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s