PELANCARAN PROGRAM NILAM & MINGGU PUSAT SUMBER 2013

This slideshow requires JavaScript.

Pada 18 Februari 2013, pelancaran NILAM peringkat sekolah telah diadakan. Tema pada tahun ini adalah ‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’. Program NILAM ini telah dirasmikan oleh Pn. Hajah Roaini binti Jaafar, Pengetua Cemerlang SMK Putrajaya Presint 8(1). Pelancaran NILAM pada tahun ini juga diadakan serentak dengan Minggu Pusat Sumber 2013 yang berlangsung selama seminggu iaitu dari 18 Februari 2013 sehingga 22 Februari 2013. Pelbagai program telah dirancang khusus untuk warga sekolah. Sebanyak 12 buah syarikat telah menyertai pameran dan jualan buku. Antaranya syarikat buku CERDIK Publications, PTS, BESTA dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Terdapat juga pameran alatulis dan cenderahati seperti key chain, paper clip dan mug. Selain itu, lukisan khat dan karikatur juga turut dipamerkan dan dijual kepada warga sekolah dengan harga yang amat berpatutan. Pada hari Rabu iaitu hari kokurikulum beberapa aktiviti telah dijalankan di beberapa tempat di sekitar kawasan sekolah. Antaranya kelas khat, ceramah penulisan oleh penulis PTS, En. Azanil Fitri, ceramah kerjaya, bengkel penggunaan kamus dan pemainan bina kata. Pelbagai pertandingan juga turut dijalankan sepanjang Minggu Pusat Sumber seperti kuiz cari kata, pertandingan bercerita dan menulis esei.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s