Proses Saringan Calon NILAM Tokoh Negeri

Nur Fatimah binti Ismail iaitu pelajar  dari Tingkatan 4 Bestari telah terpilih untuk mengikuti proses saringan bagi pemilihan NILAM Tokoh Negeri. Proses saringan ini akan berlangsung pada hari Selasa, 18 Julai 2012 di BTPN Kuala Lumpur. Seramai 5 orang perserta dari sekolah menengah zon Putrajaya dan     orang peserta dari sekolah menengah zon Kuala Lumpur akan bersama-sama menjalani proses saringan di BTPN Kuala Lumpur. Pemilihan dibuat oleh BTPN Kuala Lumpur berdasarkan rekod bacaan NILAM yang tertinggi di samping kecermelangan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Nur Fatimah akan menjalani ujian penulisan Bahasa Melayu, Ujian Penulisan Bahasa Inggeris dan sesi temuduga. Warga sekolah berharap Nur Fatimah membuat yang terbaik dan dapat menjalani ujian dan sesi temuduga tenang