Pelancaran Penggunaan Kad Masuk Pusat Sumber 2012

Pelancaran Penggunaan Kad Masuk Pusat Sumber 2012

Pada 19 Mac 2012, Pusat Sumber SMK Putrajaya Presint 8(1) melancarkan penggunaan kad ketika masuk pusat sumber. Semua warga sekolah dikehendaki mengimbas kad sebaik sahaja masuk pusat sumber pada mesin pengimbas yang telah diletakkan berhampiran pintu masuk.

Objektif pelaksanaan penggunaan kad masuk pusat sumber adalah seperti berikut :

  • Meningkatkan  kualiti  pengurusan  pusat   sumber   sekolah.
  • Memastikan setiap warga sekolah memiliki kad pusat sumber sekolah.
  • Melancarkan  pengurusan  proses  peminjaman  dan  pemulangan buku.
  • Merekod  dan  membuat  penganalisaan  ke  atas   penggunaan dan perkhidmatan pusat sumber sekolah.