Bengkel Pustakawan Muda 2011

Pada 6 Oktober 2011, Bengkel Pustakawan Muda merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya bersama Pusat Pembelajaran Komuniti Putrajaya. Objektif program adalah untuk memberi pengetahuan berkenaan ilmu kepustakawan kepada pengawas pusat sumber sekolah dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab pengawas pusat sekolah.

Berikut adalah aturcara bengkel pustakawan muda 2011

Bengkel dimulakan dengan sesi ceramah oleh En. Yamin Kamis. Ceramah adalah berkaitan jenis-jenis koleksi buku di pusat sumber. Selesai ceramah, diadakan sesi soal jawab bersama pelajar. Kemudian para peserta diuji dengan ilmu kepustakawanan melalui acara Treasure Hunt. Melalui acara ini, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada gabungan beberapa buah sekolah di sekitar Putrajaya. Setiap kumpulan perlu melengkapkan silangkata yang mengandungi sebanyak 15 soalan. Sebanyak 15 stesen yang perlu ditempuh oleh setiap kumpulan bagi mendapatkan jawapan. Acara penyampaian hadiah disampaikan pada sesi akhir bengkel dan makanan tengahari disediakan kepada semua peserta termasuk guru pengiring. Seterusnya semua peserta bengkel berpeluang untuk ke Pesta Buku 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s