This slideshow requires JavaScript.

Pusat Sumber sekolah (PSS) SMK Putrajaya Presint 8(1) dahulunya dikenali sebagai Pusat Sumber SMK Putrajaya 1. Ia telah mula beroperasi seiring dengan pembukaan sekolah SMK Putrajaya 1 iaitu pada hari pertama persekolahan, 17 Januari 2000.

Pada peringkat awal terdapat hanya seramai 30 orang pelajar yang mendaftar di sekolah ini.  Jumlah guru pada peringkat awal ialah seramai 12 orang. Pengetua pertama ialah Dr. Salbiah binti Ismail dibantu oleh En Kamarudzaman selaku Penolong Kanan Akademik, En Mahmudi selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Guru Penyelaras Pusat Sumber dan Media yang pertama dilantik ialah Pn Rusminah binti Muslimun. Pelanggan PSS SMK Putrajaya Presint 8(1) kian bertambah menjelang 2001 apabila jumlah pelajar meningkat menjadi 509 orang. Bilangan orang guru juga bertambah kepada 35 orang guru.

Pada 21 hingga 25 Mei 2006, buat julung kalinya PSS menganjurkan Minggu Pusat Sumber.

Kini, Pusat Sumber SMK Putrajaya Presint 8(1) terdiri daripada  :-

  1. Perpustakaan
  2. Pusat Akses
  3. Bilik SAL
  4. Bilik Auditorium
  5. Ruang Galeri

Pusat akses memuatkan 10 buah komputer yang boleh akses internet. Pusat akses menjadi tempat pencarian maklumat bagi membantu guru dan pelajar dalam proses P&P dan secara tidak langsung mengembangkan potensi pelajar dalam bidang teknogi maklumat

Bilik Auditorium boleh memuatkan 100 orang pelajar digunakan untuk proses P&P, ceramah, taklimat dari luar dan dalam sekolah.

Ruang Galeri menjadi satu tempat pengumpulan maklumat kejayaan dan sejarah SMK Putrajaya Presint 8(1) yang diraih sepanjang penubuhannya sebagai sebuah sekolah bestari

Bagi meningkatkan kejayaan dalam matapelajaran matematik dan bahasa Inggeris, bilik SAL Matematik dan Bahasa Inggeris telah diwujudkan untuk memudahkan guru dan pelajar mengakses sendiri dalam P&P. Bahan BBM juga diletakkan dalam bilik SAL untuk kemudahan guru dan pelajar.

Pusat Sumber SMK Putrajaya Presint 8(1) mula menggunakan sistem automasi S-LIB  untuk sistem peminjaman dan pemulangan buku pada tahun 2009. Semua data perolehan buku direkod menggunakan sistem SLIB

Pada bulan Mac 2012, Pusat Sumber menggunakan sistem penggunaan kad untuk masuk ke pusat sumber. Melalui sistem ini, rekod penggunaan masuk pengguna dan analisis penggunaan akan direkodkan secara automatik.

Pusat Sumber SMK Putrajaya Presint 8(1) menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada warga sekolah. Antaranya khidmat fotostat, mencetak, melayari internet, penjilidan (binding), laminate dan langganan akhbar untuk guru-guru.

Dari setahun ke setahun jumlah pelajar SMK Putrajaya Presint 8(1) semakin bertambah. Kini jumlah pelajar adalah seramai 995 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas. Selari dengan itu Pusat Sumber SMK Putrajaya Presint 8(1) berusaha menambah bilangan buku untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.